Salam... Anna @ UKM
UPM Serdang UPM Terengganu UKM Bangi
Tuesday, April 12, 2011
Alhamdulillah...Lega....
Rasa sangat seronok bila kak Zizah dari UKM bagitau.... " Tesis Ana dah lengkap... cuma baiki sikit perkataan yang salah taip... then boleh bind" yahooo... horay...
Tuesday, January 5, 2010
KULIAH PRA PRAKTIKUM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kuliah Pra Praktikum Bimbingan dan Kaunseling merupakan kuliah yang pertama dihadiri setelah saya bercuti hampir dua bulan. Saya bangun seawal jam 5.oo pagi. Solat sunat dan solat Subuh dan bersiap untuk hadir ke kuliah pertama. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Rutin pagiku menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra. Perasaan lemah semangat pagi tadi berkubur tatkala saya dapat memerhatikan anakku dan kawan-kawannya melangkah dengan semangat waja masuk ke dalam kawasan sekolah.
Dalam tempoh 2 tahun pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, buat pertama kalinya saya akan belajar dengan Dr Salleh Amat. Saya sendiri sedia maklum bahawa pensyarah kaunseling hanya lima orang di Fakulti Pendidikan UKM. Antaranya Prof Datin Dr Amla Salleh, Prof Madya Zuria Mahmud, Prof Madya Dr Noriah Ishak, Dr Salleh Amat dan terbaru Cik Dharatun Fuad Mohd Karim Nissa. Bermakna Dr Salleh Amat, adalah satu-satunya pensyarah lelaki Bimbingan dan Kaunseling. Macam menarik bunyinya. Pasti jadi rebutan.
Hati kecilku berdetik tertanya-tanya bagaimana gaya pengajaranya, senyumnya, suaranya dan gerak langkah Dr. Salleh Amat. Dr Salleh tiba labih kurang jam 8.30 pagi di bilih syarahan 3. Kuliah pertama berlangsung lebih kurang 2 jam. Pelbagai info yang dimaklumkan kepada pelajarnya.
Kuliah berakhir dengan tenang dan ceria sekali. Tahniah Dr Salleh kerana pandai menghidupkan suasana dewan kuliah Pra Praktikum Bimbingan dan Kaunseling. Saya sendiri rasa gembira untuk terus hadir kuliah seterusnya. Menjadi harapan saya agar kuliah Pra Praktikum Bimbingan dan Kaunseling ini, benar-benar melatih diri saya dan rakan-rakan sebelum menjalani praktikum kaunseling yang sebenar semester depan.
Dedikasi khas untuk Dr Salleh dan Cik Dharatun Nissa, tahniah dan arigatu gozaimas atas kesediaan membimbing saya dan rakan. Moga Allah mempermudahkan segala urusanku dan rakan-rakanku dalam mencipta kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang.
SEMESTER KE 3 YANG MENGUJAKAN...@UKM
Assalamualaikum...
Sesudah hampir 2 bulan bercuti panjang di Dungun... akhirnya kembali menyambung kuliah Master Kaunseling untuk semester ketiga.... Waaahhhh Ana... bersemangatlah...
Dapat 3.94... Alhamdulillah... walaupun tak dapat 4.0 atleast Ana dah buat yang terbaik.... 4 Subjek semester 3 ni:
1. PRA PRAKTIKUM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2. PSIKOLOGI SILANG BUDAYA
3. PENULISAN AKADEMIK II
4. KAEDAH PENYELIDIKAN II
Thursday, August 6, 2009
R&D: Bahan untuk guru kaunseling
Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my
PRODIGY mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan dan pendedahan di Geneva.
Penyelidik UPSI hasilkan Prodigy bantu kaunselor tingkat kemahiran, jalan tugas lebih berkesan
BEBAN tugas banyak, kurang mahir menjalankan program serta tidak mempunyai bahan atau maklumat bagi mengendalikan perkhidmatan adalah antara masalah dihadapi guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan tanggungjawab mereka.
Justeru, sekumpulan penyelidik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai Ab Aziz Mohd Yatim menghasilkan modul perisian interaktif bersepadu bimbingan dan kaunseling, Prodigy, bagi merungkai segala permasalahan itu.
Ab Aziz berkata, perisian itu dibangunkan bagi membantu kaunselor melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan supaya dapat menjalankan tugas lebih cekap dan berkesan.
Menerusi dua kandungan utamanya, iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta modul latihan kursus, beliau berkata:
“Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengandungi penyediaan kertas kerja program, analisis, penerbitan buletin, carta Gantt, soal selidik program, perancangan program, e-kaunseling, jadual, laporan, penyediaan sijil, buku program dan borang berkaitan.
“Kandungan modul latihan kursus pula membabitkan ice-breaking, energizer, kemahiran belajar lima domain, motivasi tenaga bawah sedar (subconscious), kemahiran komunikasi P, A, C, (parents, adult, child).
“Selain itu, pengendalian disiplin alternatif, kasih sayang tanpa syarat (Agape Love), kepemimpinan, kerjaya, personaliti, bina pasukan (team building), relaksasi, kembarun, penghasilan video serta modul pemikiran kreatif.”
Menggunakan modul pengurusan perkhidmatan, beliau berkata, masalah penulisan laporan, kertas kerja, sesi kaunseling dan perancangan bulanan dapat dilakukan lebih sempurna kerana proses dokumentasinya boleh disiapkan dalam tempoh singkat.
Ab Aziz berkata, ketidakupayaan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kursus atau program pula dapat diatasi menerusi modul latihan kursus yang membolehkan mereka melihat kaedah pengendalian modul tertentu melalui VCD dibekalkan.
“Dengan memiliki modul ini, kaunselor akan dapat mengendalikan kursus mengikut kepelbagaian keadaan pelajar seperti nakal, cemerlang, kepemimpinan, lemah pelajaran, kursus bina pasukan, keibubapaan dan kemahiran belajar tanpa pergantungan tinggi terhadap perkhidmatan perunding motivasi luar,” katanya.
Mengenai pendekatan modul itu, beliau berkata, ia lebih mesra pelajar seperti Ice Breaking mengandungi permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif dalam diri seperti rasa hormat kepada rakan, toleransi dan persaingan sihat.
Modul kemahiran belajar lima domain pula, katanya, antara lain membimbing pelajar menggunakan konsep sinergi dan kreativiti untuk merangsang otak kanan bekerja supaya dapat belajar dengan berkesan serta mengingati kandungan pembelajaran dengan lebih mudah.
Beliau berkata, pemupukan kasih sayang dalam komuniti pula diwujudkan menerusi modul Agape Love yang menggalakkan peserta mengamalkan sikap positif itu tanpa mengira agama, bangsa dan kaum sejajar semangat Satu Malaysia.
“Selain kegunaan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, Prodigy juga boleh dimanfaat kaunselor pelajar institusi pengajian tinggi serta pengendali program latihan bagi membangun potensi diri golongan sasaran,” katanya.
Prodigy mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya pingat perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (Itex 2009), Anugerah Inovasi UPSI 2005, selain turut didedahkan pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Produk dan Teknik Baru 2006 di Geneva, Switzerland.
INFO: 10 teras Modul
1) Modul Ice Breaking- Permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif mereka.
2) Modul Kemahiran Belajar Lima Domain- Gaya pembelajaran membabitkan lima domain, iaitu audio, visual, kognitif, afektif dan psikomotor.
3) Modul Agape Love (Kasih Sayang Tanpa Syarat)- Perkongsian cerita dan pengalaman bersama peserta bagi mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti.
4) Modul Subconscious (Tenaga Bawah Sedar)- Perkongsian cerita dan pengalaman bagi menimbulkan kesedaran peserta mengenai kekuatan dalaman untuk dimanfaat bagi meningkat pencapaian akademik ke tahap cemerlang.
5) Modul Kembarun- Aktiviti luar yang menguji tahap kekuatan sesebuah kumpulan bagi menyedarkan peserta bahawa dalam mengharungi kehidupan mesti ada halangan dan cabaran serta setiap kejayaan ditempa mesti menempuh kesusahan
6) Modul Komunikasi- Ceramah mengenai kemahiran komunikasi melalui pendekatan komunikasi Transaksional dipelopori Erick Berne, iaitu parent, adult dan child (PAC).
7) Modul Personaliti- Peserta didedahkan ciri personaliti diri melalui ujian personaliti bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.
8) Modul Inteam- Menguji kekuatan sesuatu kumpulan dalam mengharungi permasalahan organisasi bagi memberi kesedaran pentingnya kerja berpasukan, selain meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama.
9) Modul Kerjaya- Ujian Inventori dibekalkan kepada peserta bagi mengenali diri dan potensi diri melalui enam jenis personaliti dan persekitaran kerja.
10) Modul Relaksasi- Ceramah pengurusan tekanan bagi membolehkan peserta menghadapi dan mengendali tekanan terutama pada saat genting seperti peperiksaan atau mengalami masalah peribadi.

Monday, June 22, 2009
Senarai Kursus Yang bakal Ku Pelajari...
Holla... pagi Isnin tepat jam 8.30 pagi, aku mula mengadap internet smpweb ukm untuk daftar kursus...ku cuba terus mencuba untuk mendaftar tetap tak boleh... rupa-rupanya laptop suamiku tiada javascript...
Terima kasih sahabatku... Sazharizah, ekau telah menjadi PENYELAMAT pagi ni... Iza dah daftarkan untuk Ana heee...hee... terima kasih daun keladi...
Berikut Adalah 5 subjek Yang Ana daftar
Rekod Pendaftaran Kursus Semasa Semester 1 Sesi 20092010
1. GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK I 1 WF DAFTAR 22/06/2009 Khamis : 08:00 (2)
{DBUDIMAN}
2. GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I 1 WF DAFTAR 22/06/2009 Sabtu : 09:00 (3)
{DBUDIMAN}
3. GGGB6243 DINAMIK KUMPULAN DAN PERFUNGSIAN MENTAL 1 WJ DAFTAR 22/06/2009 Isnin : 06:00 (3){MIKRO 6}
4. GGGB6373 DASAR BIMBINGAN DI SEK. REN. DAN MENENGAH 1 WJ DAFTAR 22/06/2009 Khamis : 03:00 (3)
{}
5. GGGB6523 KAUNSELING KELUARGA 1 WJ DAFTAR 22/06/2009 Isnin : 03:00 (3)
{BS 3}
Jumlah Unit Ambil adalah 14

Sunday, June 21, 2009
Pendaftaran Subjek Semester 2/2009
Hai... Hari esok 22 Jun 2009, Anna dan kengkawan Master UKM mula mendaftar subjek secara online...
Arigatu Gozaimas... buat Tn. Mansor yang telah menghebahkan senarai dan tarikh kursus yang ditawarkan semester depan....
Psss.... Tn Mansor ini seorang yang tak pernah lokek dengan senyuman.... sebab tu Tn Mansor UKM yang seorang ini awet muda...

Sunday, May 3, 2009
Yang Terindah...
Subscribe to:
Posts (Atom)