Sunday, May 3, 2009

Yang Terindah...


Seronok sesekali dapat turun berenang dengan keluarga pada hujung minggu. Gambar ni dah lama punya. Mandi-manda di Sungai Congkak ler...sehari sebelum tu dah belasah mandi kat Sungai Tekala... Best... Fuhyoo...

Friday, May 1, 2009

ERTI KAWAN?

1) Kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) Kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) Kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) Kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) Kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) Kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) Kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

9) Kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.

10)Lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Selamat Hari Pekerja


Kepada Seluruh Pekerja di Malaysia samada di sektor kerajaan mahupun swasta di ucapkan
"SELAMAT HARI PEKERJA"

Untuk saya pula... Selamat Bercuti setelah berakhirnya exam pada 30 April lalu...