Tuesday, January 5, 2010

KULIAH PRA PRAKTIKUM BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Kuliah Pra Praktikum Bimbingan dan Kaunseling merupakan kuliah yang pertama dihadiri setelah saya bercuti hampir dua bulan. Saya bangun seawal jam 5.oo pagi. Solat sunat dan solat Subuh dan bersiap untuk hadir ke kuliah pertama. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Rutin pagiku menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra. Perasaan lemah semangat pagi tadi berkubur tatkala saya dapat memerhatikan anakku dan kawan-kawannya melangkah dengan semangat waja masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dalam tempoh 2 tahun pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, buat pertama kalinya saya akan belajar dengan Dr Salleh Amat. Saya sendiri sedia maklum bahawa pensyarah kaunseling hanya lima orang di Fakulti Pendidikan UKM. Antaranya Prof Datin Dr Amla Salleh, Prof Madya Zuria Mahmud, Prof Madya Dr Noriah Ishak, Dr Salleh Amat dan terbaru Cik Dharatun Fuad Mohd Karim Nissa. Bermakna Dr Salleh Amat, adalah satu-satunya pensyarah lelaki Bimbingan dan Kaunseling. Macam menarik bunyinya. Pasti jadi rebutan.

Hati kecilku berdetik tertanya-tanya bagaimana gaya pengajaranya, senyumnya, suaranya dan gerak langkah Dr. Salleh Amat. Dr Salleh tiba labih kurang jam 8.30 pagi di bilih syarahan 3. Kuliah pertama berlangsung lebih kurang 2 jam. Pelbagai info yang dimaklumkan kepada pelajarnya.

Kuliah berakhir dengan tenang dan ceria sekali. Tahniah Dr Salleh kerana pandai menghidupkan suasana dewan kuliah Pra Praktikum Bimbingan dan Kaunseling. Saya sendiri rasa gembira untuk terus hadir kuliah seterusnya. Menjadi harapan saya agar kuliah Pra Praktikum Bimbingan dan Kaunseling ini, benar-benar melatih diri saya dan rakan-rakan sebelum menjalani praktikum kaunseling yang sebenar semester depan.

Dedikasi khas untuk Dr Salleh dan Cik Dharatun Nissa, tahniah dan arigatu gozaimas atas kesediaan membimbing saya dan rakan. Moga Allah mempermudahkan segala urusanku dan rakan-rakanku dalam mencipta kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang.

SEMESTER KE 3 YANG MENGUJAKAN...@UKM



Assalamualaikum...

Sesudah hampir 2 bulan bercuti panjang di Dungun... akhirnya kembali menyambung kuliah Master Kaunseling untuk semester ketiga.... Waaahhhh Ana... bersemangatlah...
Dapat 3.94... Alhamdulillah... walaupun tak dapat 4.0 atleast Ana dah buat yang terbaik.... 4 Subjek semester 3 ni:

1. PRA PRAKTIKUM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2. PSIKOLOGI SILANG BUDAYA
3. PENULISAN AKADEMIK II
4. KAEDAH PENYELIDIKAN II